Search This Blog

Bookmark and Share

Wednesday, November 4, 2009

Pesanan buat semua yang bergelar isteri


PETIKAN BUKU MOTIVASI DIRI WANITA - DR. HM TUAH ISKANDARSeorang isteri mengadu begini kepada saya, " Suami saya bukanlahseperti yg saya gambarkan sewaktu belum berkahwin. Dia amat berbeza daripadapenampilannya dahulu. Sekarang dia bukan sahaja gagal membahagiakansaya malah sering menjadikan saya kesal mempersuamikannya. Inginsekali saya meninggalkannya, tapi tak berupaya kerana memikirkan anak2 danmasa depan saya sendiri, walaupun ada lelaki yang sedia mengambil saya diluar sana. Saya seperti terperangkap oleh kedunguan masa lalu. Kekalbersamanya bererti saya selamanyalah tidak akan berasa bahagia. Apayang boleh saya lakukan sekarang?"Lalu saya bertanya, skrg puan nak yang mana? Kekal bersamanya atau mengikut lelaki lain? Maksud saya mana yang lebih berat? Kalau Dr. tanyakan yang mana lebih berat, tentulah bersamanya lebih berat. Kalau begitu, mengapa tidak pejamkan mata, bayangkan yang indah2, anggaplah dia satu2nya lelaki yang ada di dunia ini dan binalah kebahgiaan bersama. Isteri itu seperti terkejut dgn aranan saya.Barangkali dia mengharapkan satu cadangan yang lebih memihak kepada gelojak hatinya untuk memilih lelaki lain, berdasarkan kebahagiaan yang sudah gagal dikecapinya skrg.Lalu saya perjelaskan, kalaulah kebahagiaan yang menjadi persoalan,belum tentu pilihan seterusnya akan menjaminkan kebahagiaan.Barangkali bersama lelaki kedua masalah lebih menimpa. Kalau nantiperkahwinan kedua itu juga gagal memberikan kebahagiaan, apakah anda akan berkahwin buat kali ketiga? Jika tak bahagia juga, anda akan berkahwin pula buat kali keempat? Kemudian kelima, keenam? Sampai bila?Hidup bukankah untuk dinikmati? Usia bukanlah lama untuk dipersiakandengan hal-hal yang tidak sepatutnya. Siapapun dia, dia adalah lelakiyang bergelar `SUAMI'. Kebahagiaan adalah satu istilah yang telahterbentuk. Tinggal bagaimana kita mendefinasikan kebahagiaan itusahaja yang menyebabkan sesetengah drpd kita gagal berasa bahagia.Alangkah ruginya kalau hidup yang singkat ini kita gagal mendapatbahagia. Semata2 kerana menyangka kebahagiaan itu akan dinikmati jikabersama orang sekian-sekian. Semata-mata kerana menyangka Si Dia boleh memberi bahagia yang diimpi-impikan. Kalau MELESET bagaimana? Kalau kebahagiaan yang diidam-idamkan itu tidak diperoleh sdgkan kebahagiaan yang sedia ada ini telah ditinggalkan, bagaimana?Setelah anda Diijab-kabul, satu perjanjian telah dibentuk. Anda telahmerelakan diri anda bergelar ISTERI dan rela memanggil org berkenaanyang tiada langsung pertalian dengan anda sebelumnya sebagai SUAMI.Anda merelakan segalanya kepada dia dan demikian dia terhadap anda.Setelah diikat dengan tali perkahwinan, mengapa tidak pejamkan mata dan anggaplah dia pasangan yang terbaik. Dia mmg dijadikan buat anda. Dia adalah segala-galanya. Bentuklah kebahagiaan bersamanya.JANGAN mimpi-mimpikan lagi org lain selain dia.JANGAN angan-angankan perkara yang bukan-bukan.INGAT!!!!.. Anda dijadikan dari tulang rusuk dia. Relakan diri andauntuk bertolak ansur dlm beberapa hal untuk mencari kesukaan dankebencian bersama. Relakan membina bahagia dan dialah alatnya.Masalah yang sering menimpa pasangan muda ialah masing2 gagal memantau imaginasi untuk membentuk bahagia pada awal perkahwinan. Setelah segalanya dilalui dan masalah menapak di sana sini, barulah sedarsesuatu sepatutnya dilakukan lebih awal dahulu. Tetapi nyata sudahterlambat, imaginasi bersama mekanisme-mekanisme nya telahdipersia-siakan. Bahagia kelihatan tetapi sudah tidak terjangkau dektangan. Kesudahannya, bahagia disangka berada di luar dan mahu diburuwalhal sebenarnya bahagia sudah berada di tangan, hanya gagal mengenaldan menikmatinya sahaja.Selagi mana SUAMI anda itu masih menjalankan tanggungjawabnya, maksud saya dia masih ingat rumah, ingat anak-anak dan ingat untuk mencari rezeki, dia masih seorang lelaki yang boleh diharapkan. Apalagi jika dia seorang yang tidak meninggalkan ibadah-ibadah fardu,kekurangan-kekurang an yang ada pada dirinya hanyalah sekadar kekuranganuntuk membenarkan kata-kata `NO MAN IS PERFECT".


Di petik dari laman sesawang :http://muhammadtarmizi.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment