Search This Blog

Bookmark and Share

Friday, November 20, 2009

Mahu Berjaya? Tanyalah Pendapat Pakar..!

Dalam apa juga tindakan yang ingin anda lakukan, anda seharusnya mendapatkan
pendapat daripada orang yang pakar terlebih dahulu. Bukan semua orang mampu
menjadi pakar dalam bidang tertentu. Sebagai contoh, ibu bapa anda mungkin bukan
pakar dalam bidang memilih pelaburan yang betul-betul terjamin dan menguntungkan
walaupun mereka sememangnya pakar dalam banyak perkara lain. Saya ingin berikan
satu lagi contoh yang mungkin lebih jelas dan mempunyai kaitan yang lebih rapat.
Anda semua tentu biasa mendengar syarikat Air Asia. Di awal penglibatan Dato’ Tony
Fernandes di dalam industri penerbangan, beliau hampir tidak mengetahui apa-apa
tentang industri kapal terbang kerana ia bukanlah bidang kepakarannya. Beliau adalah
pakar di dalam industri muzik pada ketika itu

Bukan pakar pun boleh berjaya jika kena caranya. saya akan kongsikan dibawah.
Jika hendak dibandingkan dengan barisan pengurusan MAS, sudah tentulah mereka
mempunyai jauh lebih banyak pengalaman daripada Tony Fernandes. Maklumlah,
MAS adalah sebuah syarikat yang telah berpuluh tahun menceburi bidang
penerbangan di Malaysia. Itu pun masih mencatat kerugian demi kerugian (ketika
tahun di mana Air Asia baru diambil alih oleh Tony Fernades).
Tony Fernandes membeli syarikat Air Asia dengan harga RM1. Sangat murah. Dengan
bayaran tersebut, beliau mendapat 2 buah kapal terbang serta bebanan hutang hampir
mencecah RM40 juta. Ketika itu juga, dunia digemparkan dengan SARS, serangan
pengganas, pengeboman di Bali serta penyakit kaki dan mulut. Siapa yang berani dan
yakin mengatakan Air Asia mampu berjaya dan mencapai kegemilangan ketika itu?
*** Menyertai bidang yang beliau kurang arif, berjayakah beliau..?

Namun, apa yang terjadi adalah seperti ibarat satu kisah dongeng. Tidak sampai
setahun beroperasi, Air Asia telah menyelesaikan hampir SEMUA hutangnya dan mula
mencatatkan keuntungan demi keuntungan.
Apakah rahsianya?
Ingat! Tony Fernandes adalah pakar di dalam bidang muzik dan bukannya
penerbangan. Biar saya bongkar rahsia besar beliau.
Jangan Anda Lupa Rahsia Ini : Tony adalah seorang yang SANGGUP BELAJAR dan
MENERIMA PANDANGAN daripada orang yang pakar dalam bidang tertentu. Beliau
sanggup melabur dan belajar daripada pakar untuk kejayaan yang lebih pantas dan
mendapat kejayaan berterusan sehingga ke akhir hayat beliau. Beliau sangat berjaya...!

Antara penasihat utama beliau adalah Conor McCarthy iaitu Pengarah Urusan
PlaneConsult. PlaneConsult adalah merupakan syarikat konsultan yang terkemuka
dalam bidang penerbangan. Pengarah syarikat tersebut mempunyai lebih 20 tahun
pengalaman dalam bidang penerbangan.Tony Fernandes tidak perlu menunggu
sehingga 20 tahun untuk mencatatkan keuntungan dan berjaya dalam industri
penerbangan kerana beliau memilih untuk mendapatkan nasihat dari seorang pakar.
Kini tidak sampai 10 tahun beroperasi, bilangan pesawat Air Asia sudah menghampiri
100 buah. Anda bayangkan sahaja apa yang bakal berlaku 5 tahun akan datang. Apa
yang kita akan jangkakan beliau akan semakin berjaya dan terus mengapai impian.
Oleh itu, sebelum membuat apa-apa keputusan, tanyalah kepada pakar terlebih
dahulu. Mungkin ia akan melibatkan sedikit kos tetapi Hasilnya Lebih Berbaloi daripada
anda kerugian beribu-ribu ringgit dan masa yang amat berharga. Jika ada mempunyai
sebarang impian, anda boleh berjumpa dengan pakar dalam bidang itu dan anda boleh
dapatkan nasihat, pandangan serta langkah bagi mencapai kejayaan dalam bidang
yang anda impikan itu. Ianya bukan mudah, tetapi ianya adalah tidak mustahil untuk
mencapai apa-apa impian anda jika bantuan dari seorang pakar digunakan. Jadi, jika
anda menjumpai seorang pakar, mengapa anda tidak mahu mencubanya..? Gunakan
kepakaran mereka bagi menguntungkan anda sehingga ke akhir hayat. Dalam industri
perniagaan internet juga ramai pakar yang telah mempunyai rekod dan pengalaman
yang luas dan telah terbukti akan kepakaran mereka ini.
Jika anda merupakan seorang usahawan internet dan berminat untuk mendapatkan
bantuan pakar dalam bidang "Pemasaran Affiliate". Zamri Nanyan dan Patric Chan
merupakan 2 orang pakar yang amat dicadangkan. Dengan pengalaman mereka
menjana pendapatan bulanan puluhan ribu ringgit hanya dengan "Teknik Menjual
Produk Orang Lain", mereka sememangnya membuktikan kepakaran yang dimiliki
mereka itu. Mungkin anda bakal menjadi Tony Fernandes yang seterusnya siapa tahu.
Mengenai Penulis
Razif Yusof telah menyertai perniagaan internet bagi menjana pendapatan tambahan di
samping membantu masyarakat di luar sana dalam mencapai kebebasan kewangan
melalui Perniagaan Internet dan Pemasaran Affiliate. Kepada yang berminat dengan
Pemasaran Affiliate, beliau amat mencadangkan supaya belajar terus dari pakar yang
berpengalaman di www.affiliate.visijutawan.com Razif Yusof juga telah berjaya menjadi
“Top Affiliate” bagi beberapa pertandingan affiliate yang diadakan sebelum ini seperti
“The Four Weeks To Freedom”, “Panduan Emas-Emas Yang Telah Hilang” dan
“Panduan Clickbank.” Lawati laman web di atas untuk menjadi Pakar Affiliate dan
seterusnya mencapai impian anda selama ini.

Article di petik dari pdf format Razif Yusof - www.affiliate.visijutawan.com

0 comments:

Post a Comment